Pelitup muka berasaskan merah samar iaitu Blush Rose menjadi pilihan Che Ta sebagai duta Himaya.

Oleh Khadijah Ibrahim

SEJAK Covid-19 melanda negara, Januari 2020 sehingga kini belum ada tanda-tanda wabak itu akan berakhir di muka bumi ini. Demi kesihatan dan keselamatan diri, orang ramai perlu mengharungi kehidupan ini dengan norma baharu iaitu sentiasa mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) dengan penjarakan sosial satu meter serta memakai pelitup muka.

Kepada wanita khususnya, pelitup muka bukan saja dipakai bertujuan memutuskan rantaian wabak itu tetapi mereka sekarang menyuaipadankan warna pelitup muka dengan warna baju.

Mahu bergaya serta menjaga keselamatan diri, pengeluar pelitup muka terkenal, Himaya Premium Hijab Medical Face Mask (Himaya) menepati kedua-dua keperluan itu, cantik, bergaya dan menjaga kesihatan.

Ketua Pegawai Eksekutif Anggun Kirana Sdn. Bhd., Datuk KK Chua berkata, pelitup muka keluaran syarikatnya mendapat sambutan hangat kerana berkualiti dan mempunyai pelbagai warna iaitu Love Latte (coklat lembut), Soft Olive (hijau pastel), Apricot Dream, Blue Lagoon, Retro Slate, Aster Blue dan Philipsburg Blue.

Himaya juga mendapat pengiktirafan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan kelulusan MDA (Medical Device Authority).

Pelitup muka warna Blush Rose yang menjadi pilihan Che Ta boleh dibeli di Watsons dan Caring Pharmacy.

Pelitup muka itu juga dilengkapi head-loop untuk keselesaan maksimum, berbeza dengan topeng muka ear-loop biasa serta diiktiraf Asia Halal Brand Awards (AHBA). Atas permintaan ramai, hari ini Himaya melancarkan warna baharu berasaskan merah samar iaitu Blush Rose dan melantik pelakon jelita, Rozita Che Wan, selaku dutanya.

Kata Chua, pelancaran warna baharu itu seiring dengan objektif agar wanita berhijab masih dapat gaya dan tampil yakin dengan koleksi fesyen pelitup muka terkini dari Himaya.

“Syarikat mengeluarkan warna terbaharu ini kerana terdapat banyak permintaan dan dari semasa ke semasa kami akan terus mengeluarkan warna-warna baharu,” katanya pada majlis pelancaran warna baharu Himaya Premium Hijab Medical Face Mask bersama Duta Rozita Che Wan dan Kempen Kutipan Dana Untuk Majlis Kanser Nasional (MAKNA) yang dilakukan secara virtual, pada 8 September 2021.

Di samping memperkenalkan warna dan duta baharu Himaya, kata Chua, pihaknya juga mahu mendidik pengguna untuk mendapatkan pelitup muka medikal yang diiktiraf KKM.

Sementara itu, Duta Himaya, Rozita Che Wan atau mesra disapa Che Ta yang amat mementingkan gaya dan ketrampilan itu tidak mahu ‘mencacatkan’ gayanya dengan memakai pelitup muka yang tidak sedondon dengan pakaiannya.

“Memakai pelitup muka sudah menjadi kewajiban kepada masyarakat bagi memutuskan rantaian wabak Covid-19. Walaupun saya sudah mendapatkan suntikan vaksin namun kita masih perlu berhati-hati kerana tidak semestinya mereka yang sudah lengkap dua dos vaksin tidak akan dijangkiti.

KK Chua bangga kerana pelitup muka keluaran syarikat Anggun Kirana mendapat permintaan tinggi.

“Saya amat mementingkan gaya dan pelitup muka Himaya ini menetapi kehendak saya kerana ia bukan saja mempunyai pelbagai pilihan warna, ia juga mendapat pengiktirafan KKM dan ada empat lapisan. Jadi saya tidak perlu memakai dua lapis pelitup muka.

“Pemakaiannya juga amat mudah. Selepas siap sedia untuk keluar, anda boleh terus memakainya tanpa perlu menyangkutnya di telinga (sebelum memakai tudung) seperti pelitup muka jenama lain,” katanya yang menganggap pelitup muka adalah sebahagian daripada aksesori dan kena ‘matching’ dengan warna baju.

Pelitup muka Himaya yang menyasarkan wanita berhijab adalah pilihan terbaik pelakon itu kerana ia menepati ciri-ciri untuk wanita bergaya dan dapat menjaga keselamatan diri.

Pelitup muka sudah menjadi sebahagian daripada aksesori penampilan diri setiap wanita.

Jelas Che Ta, Himaya bukan saja menawarkan pelbagai warna yang menarik, ia juga bergaya, simple, tidak leceh untuk memakainya dan selamat digunakan. Tambahan pula, Himaya boleh dibeli di semua rangkaian kedai Watsons dan Caring Pharmacy serta ejen yang berdaftar.

“Saya ada semua warna pelitup muka Himaya. Pelitup muka ini juga tidak berbulu dan tidak gatal hidung,” katanya yang merupakan duta baharu Himaya selepas barisan duta sedia ada iaitu Elfira Loy, Erra Fazira, Wany Hasrita, Amira Othman dan Nabila Razali.

Sempena pelancaran warna baharu, Himaya mengadakan Kempen Kutipan Dana Untuk MAKNA. Setiap tahun, Oktober adalah Bulan Kesedaran Kanser Payudara dengan mengadakan Kempen ‘Pink Ribbon’.

Ia adalah simbolik dalam meningkatkan kesedaran masyarakat tentang bahaya kanser payudara dan keperluan untuk mendapatkan rawatan awal.

-BebasNews

Please follow and like us:

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here