Oleh Fetty Rara

PIHAK Bulan Sabit Merah Palestin berkata kira-kira 100 penduduk Palestin cedera dalam pertempuran dengan tentera Israel berhampiran bandar Nablus, Tebing Barat pada Rabu (8 Sept).

Pertempuran berikutan kebangkitan demi solidariti dengan tahanan Palestin di penjara Israel itu dilaporkan berlaku di Beita dan Huwara, dua kawasan yang sering menyaksikan pertentangan di antara tentera Israel dan penduduk Palestin sejak dua bulan lalu.

Selain menyokong tahanan Palestin di penjara Israel, bantahan turut disuarakan terhadap tindakan Israel membangunkan penempatan baharu untuk masyarakat Yahudi di daerah itu yang dimulakan pada Mei lalu.

-BebasNews

Please follow and like us:

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here