GAMBAR: Facebook Ketua Menteri Pulau Pinang.

Oleh Yusoff Ahmad Shariff

Sebanyak 40,000 unit kit ujian kendiri Covid-19 akan diedarkan secara percuma kepada penduduk Pulau Pinang bermula minggu depan.

Menurut Ketua Menteri Chow Kon Yeow selain diagihkan di kawasan Dewan Undangan Negeri (ADUN), Ahli-ahli Parlimen dan senator, kit tersebut juga akan diedarkan ke pejabat daerah dan Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri untuk kegunaan penduduk Pulau Pinang.

Sementara itu, Chow menyatakan melalui Facebook bahawa Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin bersetuju membuat lawatan khas ke  Pulau Pinang pada Sabtu (11 Sept) susulan surat yang dihantar kepada beliau berhubung keperluan kelengkapan perubatan dan kepakaran dari Kementerian Kesihatan (KKM) untuk Pulau Pinang.

“Lawatan akan memfokuskan kepada keperluan kelengkapan perubatan hospital serta pusat perubatan di negeri ini dalam menghadapi peningkatan kes harian kini,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Chow berkata selain taklimat khas membabitkan Jabatan Kesihatan Negeri Pulau Pinang (JKNPP) dan Badan Bertindak Imunisasi COVID-19 (CITF) Negeri Pulau Pinang, Khairy akan juga dibawa melawat ke Hospital Pulau Pinang untuk melihat keadaan semasa.

— BebasNews

Please follow and like us:

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here