KUALA LUMPUR – Lebih separuh atau 50.5% penduduk negara ini telahpun divaksinasi sehingga Rabu (8 September), kata Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin COVID-19 (JKJAV).

Dalam twitternya, JKJAV berkata, 16,492,295 rakyat Malaysia telah menerima lengkap divaksinasi manakala 20,293,582 pula menerima skurang-kurangnya satu dos.

Ini menunjukkan 70.5% penduduk dewasa telah divaksin sepenuhnya manakala penduduk dewasa yang menerima satu dos adalah sebanyak 89.5%.

Jumlah pemberian dos vaksin harian pula sebanyak 320,452 dengan 128,038 menerima dos pertama dan 192,414 lengkap dua dos.

Program Immunisasai Covid-19 Kebangsaan (PICK) telah dimulakan pada 24 Ffebruari tahun ini.

– BebasNews

Please follow and like us:

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here