Oleh Zainal AS Rashid

FACEBOOK telah melancarkan cermin mata hitam pintar “Ray-Ban Stories” pada Khamis (9 Sept) dengan 20 stail berlainan pada harga permulaan AS$299 (RM1,237).

Cermin mata tersebut dilengkapkan dengan sebuah kamera miniatur yang mampu mengambil gambar, video dan menghantar imej ke telefon, sementara speaker yang turut dimuatkan boleh memainkan muzik dan menerima panggilan.

Produk baharu itu dipasarkan oleh Facebook melalui ‘tagline’ ‘kongsi pengembaraan anda’ bagi membolehkan pengguna sentiasa “berhubungan dengan kawan, keluarga, dan dunia sekeliling”.

Dengan gajet terbaharu itu Facebook telah mengorak langkah untuk menyertai dimensi pasaran baharu yang sebelum ini masih belum dapat mencetuskan populariti meluas.

Pada 2014, Google pernah menghasilkan alat yang sama yang dijenamakan sebagai “Google Glass”, tetapi hayatnya tidak berkekalan setelah menerima begitu banyak kritikan.

Dua tahun kemudian, syarikat Snap juga telah menguji pasaran dengan memperkenalkan “Spectacles” yang merupakan gajet menggabungkan cermin mata hitam bersama keupayaan teknologi ‘Augmented Realiti” (AR). Produk tersebut, bagaimana pun, berakhir dengan kerugian lebih AS$40 juta bagi syarikat tersebut.

Facebook “Stories” yang berasaskan reka bentuk klasik cermin mata hitam Ray-Ban Wayfarer juga telah menimbulkan pelbagai isu berhubung persoalan privasi.

-BebasNews

Please follow and like us:

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here