GRAFIK: We Wishes.

Oleh Fetty Rara

STRES disebabkan faktor sosial, seperti hilang pekerjaan, sumber pendapatan, dipinggirkan keluarga serta sahabat mampu menjejaskan kesihatan mental seseorang.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata penduduk di Malaysia tidak terkecuali daripada kesan tersebut dalam keadaan negara mengharungi pandemik Covid-19.

Beliau berkata kesan yang boleh mengakibatkan kemurungan dan mendorong kepada bunuh diri perlu dikenal pasti dan dirawat.

Dalam kenyataan beliau sempena Hari Pencegahan Bunuh Diri Sedunia pada Jumaat (10 Sept) Dr Noor Hisham berkata Tingkah laku bunuh diri meliputi dorongan bunuh dirihasrat bunuh diricubaan bunuh diri dan kematian akibat tindakan bunuh diri.

Dr Noor Hisham berkata setakat Julai tahun ini, Polis Diraja Malaysia (PDRM) menerima sejumlah 638 kes bunuh diri berbanding 262 bagi tempoh sama pada 2020. iaitu peningkatan sebanyak 143 peratus atau 1.4 kali.

Oleh yang demikian, bertepatan dengan konsep Keluarga Malaysia, beliau berkata masyarakat memainkan peranan untuk mengenal pasti tanda-tanda awal kemurungan dan tingkah laku bunuh diri dalam kalangan orang yang disayangi, terutamanya semasa pandemik COVID-19.

Ini termasuk lebih prihatin, bertanya khabar sesama ahli keluarga dan orang sekeliling terutamanya, memberikan sokongan dan dorongan supaya mendapatkan bantuan dan rawatan.

Tidak kurang penting usaha mengelakkan penularan berita, video atau gambar berkaitan kejadian bunuh diri menerusi media sosial.

Menurut Dr Noor Hisham, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sentiasa komited bekerjasama dengan agensi lain dalam pelaksanaan pencegahan tingkah laku bunuh diri.

Beliau berharap usaha itu dapat meningkatkan kesedaran masyarakat tentang kepentingan pencegahan tingkah laku bunuh diri, mengelakkan tanggapan buruk terhadap tingkah laku bunuh diri dan seterusnya mengurangkan kadar kematian akibat bunuh diri.

Tema Hari Pencegahan Bunuh Diri Sedunia tahun ini, iaitu ‘Bertindak Segera, Harapan Terbina’.

-BebasNews

Please follow and like us:

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here