RINDU PAK LAH… Mungkin ramai yang sudah lama tidak melihat wajah mantan Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi?

Satu video beliau dan isterinya Tun Jeanne Abdullah disiarkan oleh TikTok @suripmohamadtalib. Ia memperlihatkan isterinya memimpin Pak Lah berjalan. Di video itu tertulis “semoga Tun sekeluarga sihat dan bahagia”.

Umum mengetahui bahawa kesihatan Pak Lah tidak begitu baik sejak beberapa tahun kebelakangan ini.

Sekurang-kurangnya video itu dapat mengubat kerinduan ramai yang mahu melihat mantan Perdana Menteri ke-5 pada 2003-2009 itu.

BebasNews

Please follow and like us:

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here