Oleh Zainal AS Rashid

GOOGLE pada Jumaat (10 Sept) berkata akan mengkaji semula dan mematuhi skala gaji berikutan laporan bahawa syarikat itu mengamalkan dasar yang salah di sisi undang-undang apabila membayar gaji terlalu rendah kepada ribuan pekerja sementaranya di beberapa negara.

Syarikat tersebut dikatakan telah lama mengelakkan daripada membayar gaji setimpal mengikut undang-undang di sesetengah negara yang mewajibkan pekerja sementara dibayar kadar gaji yang sama dengan pekerja tetap. Namun begitu semakan semula kadar gaji bagi pekerja berkenaan ditangguhkan kononnya kerana bimbang akan mencetuskan persepsi negatif, lapor The New York Times.

Isu tersebut timbul semula apabila pada Jun lalu Suruhanjaya Sekuriti Amerika Syarikat menerima aduan, justeru mempersoalkan Google kerana berhutang lebih daripada AS$100 juta (RM413 juta) dalam gaji tunggakan selama sembilan tahun di negara-negara di mana mewajibkan kesaksamaan gaji bagi semua pekerja.

Ketua Pegawai Pematuhan Google Spyro Karetsos melalui satu kenyataan mengaku bahawa syarikat itu gagal menepati standard selaras dengan apa yang ditegakkan dalam piagam syarikat.

Susulan itu beliau berkata pihaknya akan menyiasat dan membetulkan keadaan.

-BebasNews

Please follow and like us:

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here