Oleh Zainal AS Rashid

SEORANG lelaki yang ditemukan terdampar atas batu di perairan Teluk Dalam, Pulau Pangkor diselamatkan oleh Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) pada petang Sabtu (11 Sept).

Menurut Pengarah APMM Perak Kapten Maritim Shahrizan Raman dalam kenyataan melalui Facebook, susulan laporan yang diterima APMM telah menghantar sepasukan anggotanya ke lokasi untuk memindahkan lelaki tersebut pada kira-kira pukul 1.10 tengah hari.

“Setibanya di lokasi kejadian, seorang lelaki warga tempatan berusia 43 tahun ditemukan dalam keadaan lemah dan separa sedar terbaring di atas batu.

“Anggota bersama komuniti nelayan setempat telah memberi bantuan kecemasan dengan menyelamatkan dan membawa mangsa ke Jeti Perikanan Kampung Acheh, Sitiawan sebelum mangsa dibawa ke Hospital Seri Manjung untuk rawatan lanjut,” katanya.

Apa yang menyebabkan lelaki itu terdampar di situ belum dapat dipastikan kerana mangsa masih berada dalam keadaan trauma dan tidak mampu bercakap dengan baik.

-BebasNews

Please follow and like us:

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here