GAMBAR: Aziz A. Shariff.
Oleh Fetty Rara

ORANG ramai yang menaiki kapal terbang untuk bercuti ke Pulau Langkawi bermula 16 Sep ini tidak perlu mendapatkan surat kebenaran rentas negeri daripada polis.

Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin yang mengesahkan perkara itu melalui Twitter berkata yang perlu mendapatkan surat polis hanya yang berkunjung dari luar negeri ke pulau itu melalui jalan darat

“Bagi program perintis pelancongan ‘travel bubble’ Langkawi, surat dari Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi tujuan rentas negeri dan sekatan jalan raya diperlukan sekiranya pelancong melalui jalan darat,” katanya.

Kerajaan pada 9 Sept lalu telah membenarkan pelancong dalam negeri dari seluruh negara untuk ke Pulau Langkawi, kecuali penduduk di kawasan yang diletakkan di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Diperketat (PKPD).

Pulau Langkawi, destinasi pertama projek rintis program gelembung pelancongan (travel bubble) kini dibuka kepada orang ramai yang lengkap dos vaksin COVID-19.

— BebasNews

Please follow and like us:

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here