GAMBAR: Aziz A. Shariff.

Oleh Yusoff Ahmad Shariff

PERAK mempertimbangkan pembukaan semula Pulau Pangkor pada 1 November kepada pelancong yang lengkap divaksin.

Bagaimana pun, menurut Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Pelancongan Perak, Datuk Nolee Ashilin Mohammed Radzi keputusan itu bergantung kepada Majlis Keselamatan Negara (MKN) setelah dibentangkan oleh Kementerian pelancongan, Seni dan Budaya.

“Berdasarkan maklumat terkini yang diterima, hanya 87 individu daripada 8,026 penduduk termasuk pengusaha pelancongan yang belum divaksin kerana mempunyai masalah kesihatan atau perlu menjalani kuarantin disebabkan menjadi kontak rapat atau dijangkiti COVID-19.

“Jadi, kita masih lagi belum memenuhi syarat peratusan vaksinasi yang diperlukan bagi mencapai tahap imuniti berkelompok seperti yang telah ditetapkan,” katanya pada program penyerahan bantuan Dewan Perniagaan Melayu Perak kepada Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) Dewan Undangan Negeri Tualang Sekah (Zon Batu Gajah) di Masjid Kampung Batu 8 pada Ahad (12 Sept).

Ke arah matlamat itu Pulau Pangkor yang mempunyai jumlah penduduk 11,500 perlu mencapai imuniti kelompok dengan sekurang-kurangnya 8,026 divaksin.

Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Datuk Seri Nancy Syukri pada Julai lalu berkata Program Destinasi Bebas COVID-19 Fasa Dua Pelan Pemulihan Pelancongan diperluaskan ke pulau-pulau peranginan tumpuan utama pelancong, seperti Pulau Redang, Pulau Perhentian, Pulau Tioman dan Pulau Pangkor.

— BebasNews

Please follow and like us:

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here