Image by Pixabay

SAYA ingin memberikan sedikit pandangan berdasarkan pengalaman saya sebagai kakitangan akademik yang pernah melatih bakal guru di Institusi Pendidikan.

Umum mengetahui pengambilan pelatih ke IPT latihan perguruan tanggungan kerajaan sudah semestinya gred pengambilan adalah melebihi 3 A dalam SPM tetapi pengambilan di IPT swasta mungkin kelayakan minima adalah 3A sekurang-kurangnya.

Menurut Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025, calon yang terpilih untuk institut latihan perguruan dinilai berdasarkan pelbagai faktor termasuk sikap, kebolehan mengajar dan perwatakan.

Adakah gred nilai yang tinggi diperlukan?

Gred mencerminkan seberapa banyak bahan yang anda pelajari (diterima, diproses dan dikekalkan dalam minda ingatan yang boleh dipercayai).

Adalah sukar untuk memperoleh gred nilai yang baik tanpa memahami bahannya.

Kebanyakan para guru (sebelum bergelar dan layak sebagai guru) rasanya telahpun mencatatkan kedudukan prestasi yang baik ketika persekolahan dahulu.

Tentunya bukan semua yang mendapat markah tertinggi sepanjang masa, prestasi seharian biasanya di antara 70% dan 90%.

Ramai yang tidak pernah menilai diri sendiri semasa persekolahan. Mereka hadir ke sekolah adalah kerana zaman persekolahan adalah sesuatu yang menarik.

Ramai yang seronok belajar dan mahu ke universiti. Kita berada di sekolah bukan untuk mendapat atau mengejar gred.

Bagi kebanyakan individu, tentunya hanya mempunyai purata nilai gred yang agak sederhana semasa pengajian sarjana muda.

Ramai yang menikmati dan berasa seronok ketika berpeluang menyambung pengajian di institusi pengajian tinggi (mengikut bidang jurusan) dan berusaha sebaik mungkin.

Baik Purata Nilai Gred Kumulatif di sekolah menengah, untuk sarjana muda atau juga gred nilai sarjana tidak menjadi penghalang untuk mendapatkan ijazah seterusnya, tetapi keadaannya mungkin berbeza bagi individu.

Gred markah peperiksaan yang mencukupi untuk masuk ke universiti, membuat ramai yang tidak perlu bimbang tentang PNGK yang rendah sekiranya berlaku.

Anda memerlukan nilai purata sederhana atau lebih tinggi untuk menunjukkan bahawa anda mempunyai disiplin diri dan mendapatkan pekerjaaan.

Gred Nilai yang rendah meninggalkan kesan bahawa anda tidak akan berupaya, tidak mencapai tahap atau anda tidak mencuba.

Tetapi sekali lagi, apabila mengetahui akan syarat kemasukan ke IPT/universiti dan berjaya mencapai tahap yang dikehendaki , tidak ada gunanya ke sana ke sini atau ke semua arah jika hanya satu atau dua perkara yang penting.

Apa yang saya maksudkan ialah jika anda tahu apa yang harus diberikan tumpuan, anda tidak perlu terlalu berusaha untuk menjadi yang terbaik dalam semua perkara – itu tidak semestinya berbaloi.

Dimana sahaja, tentunya , anda memerlukan nilai gred yang baik di sekolah untuk masuk ke kolej yang baik termasuk ke program sarjana muda pendidikan.

Sekiranya anda ingin ke peringkat sarjana maka anda pasti memerlukan nilai gred yang lebih baik.

Tetapi, bukan sekadar gred, untuk menjadi guru yang baik, anda memerlukan minat terhadap subjek anda dan minat yang mendalam terhadapnya.

Menjadi seorang guru yang baik adalah kerja keras dan ia memberi banyak kesan kepada hidup anda, jadi jangan terlalu ambil mudah dan ringan.

Mereka yang berjaya dan terhebat memuji pertumbuhan dan perkembangan subjek mata pelajaran mereka kepada seorang guru yang dapat menginspirasi mereka.

Jadi beri tumpuan dan usaha terbaik anda jika anda ingin membuat perbezaan.

Tidak semestinya?

Mempunyai gred nilai yang baik dalam subjek tidak bermaksud bahawa anda dapat dan mampu membantu menjelaskan subjek itu dengan cara yang bermakna kepada orang lain.

Sebagi contohnya, profesor universiti/kolej. Walaupun mereka mungkin mempunyai Ph.D dalam bidang mereka dan menghabiskan bertahun-tahun meneliti, mengkaji atau membuat penyelidikan paling rumit mengenai subjek yang disukainya dan secara meluas dianggap sebagai pemimpin dalam bidang mereka … tetapi bukan semuanya mampu mengajar sekumpulan orang dewasa tentang apa-apa yang bermanfaat mengenai subjek mereka. Oleh itu, pelajar harus mempelajari semua perkara itu sendiri.

Pengajaran yang baik bukan mengenai seberapa baik gred nilai yang anda dapat di sekolah.

Ia adalah mengenai seberapa baik anda memahami subjek dan dapat menyampaikannya dengan cara yang dapat diinternalisasikan oleh pelajar.

Guru terbaik yang pernah saya miliki bukanlah guru akademik. Mereka adalah pengajar profesional.

Tugas mereka adalah untuk memastikan pengetahuan mereka dapat disebarkan, sehingga mereka mempunyai kepentingan untuk memecah sesuatu menjadi beberapa makna dan dimengertikan yang kemudian dapat disatukan untuk membangun pemahaman yang utuh.

– BebasNews

Please follow and like us:

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here