Senator Datuk Dr Mohd Radzi Md Jidin

PUTRAJAYA – Sesi persekolahan akan dibuka semula secara berperingkat mengikut fasa-fasa yang ditetapkan di bawah Pelan Pemulihan Negara (PPN) bermula 3 Oktober depan.

Menteri Kanan Pendidikan, Senator Datuk Dr Mohd Radzi Md Jidin berkata, keputusan tersebut dibuat berdasarkan komponen tertentu dalam sektor pendidikan yang boleh dibuka dan tidak boleh dibuka.

Beliau berkata, kehadiran murid ke sekolah adalah 50 peratus daripada enrolmen keseluruhan secara penggiliran minggu.

“Setiap kelas persekolahan akan dibahagi kepada dua kumpulan iaitu secara pengajaran dan pembelajaran (PdP) bersemuka dan pengajaran dan pembelajaran di rumah (PdPR) yang bergilir setiap minggu.

“Murid berkeperluan khas, asrama penuh, peperiksaan antarabangsa, sekolah kurang murid antara tidak terlibat penggiliran kelas,” katanya.

Dalam pada itu beliau berkata, sekolah di negeri Fasa 1 PPN tidak dibuka dan murid akan meneruskan PdPR.

“Murid prasekolah, tadika swasta di negeri Fasa Tiga PPN pula hadir tanpa penggiliran,”katanya.

https://www.sinarharian.com.my/article/160986/BERITA/Nasional/Sekolah-akan-dibuka-dengan-sistem-giliran

Please follow and like us:

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here