Oleh Fetty Rara

UNTUK memastikan agar kamera dalam iPhone 12 berada dalam keadaan baik, Apple menasihatkan pengguna supaya menjauhkannya daripada gegaran enjin motosikal berkuasa tinggi.

Dalam amaran yang dinyatakan melalui satu dokumen Apple berkata bahawa komponen stabilisasi imej optikal dalam kamera model-model iPhone terbaharu boleh terjejas dengan cepat jika terdedah kepada gegaran kuat, lapor techradar.com.

Keadaan yang sama juga boleh berlaku pada sistem ‘closed loop’ di dalam kamera iPhone. Menurut Apple ia menggunakan sensor magnetik bagi melindungi daripada kesan graviti dan gegaran untuk memastikan apa jua yang difokuskan sentiasa tepat.

Oleh yang demikian Apple berkata mendedahkan iPhone kepada gegaran amplitud tinggi pada frekuensi tertentu, terutama bunyi dan gegaran enjin motosikal berkuasa tinggi boleh menjejaskan prestasi sistem kamera.

Bagaimana pun menurut dokumen itu lagi, pendedahan kepada gegaran bunyi enjin skuter dan motosikal berkuasa rendah tidak akan menjejaskan kamera iPhone.

-BebasNews

Please follow and like us:

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here