KUALA LUMPUR – Kerajaan dijangka memulakan sejarah baharu dengan Pakatan Harapan (PH) apabila bakal memuktamadkan memorandum persefahaman (MoU) yang didakwa sesetengah penganalisis akan ‘melemahkan’ pembangkang.

Mou itu dijangka dimeterai hari ini di Parlimen pukul 5 petang selepas beberapa siri perbincangan diadakan.

Sidang Parlimen yang pertama di bawah Perdana Menteri Ismail Sabri Yakcob, akan bermula hari ini bagi Mesyuarat Pertama Penggal Kempat ke 14 dengan dirasmikan Yang di-Pertuan Agung.

MoU berkenaan akan dimeterai oleh Ismail Sabri, pemimpin pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim, Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng, Presiden Amanha Mohamad Sabu dan Presiden Upko, Wildred Madius Tangau

Sebelum ini, Ismail Sabri Yaakob mengumumkan tujuh perkara dalam Tawaran Transformasi Parlimen dan Pentadbiran Kerajaan dalam usaha mengembalikan kestabilan politik demi menangani wabak Covid-19 dan memulihkan ekonomi negara.

“Tawaran ini juga bertujuan mewujudkan landskap politik baharu dengan melaksanakan transformasi dan pembaharuan dalam tatakelola pentadbiran kerajaan khususnya memperkasakan peranan institusi Parlimen,” kata Ismail.

Tujuh Tawaran tersebut adalah seperti berikut
1. Rang Undang-Undang Anti-Lompat Parti akan dibentangkan di Parlimen.
2. Pelaksanaan Undi-18 dalam tempoh terdekat. Justeru, satu Rang Undang-Undang Pindaan Perlembagaan akan dibentangkan.
3. Pindaan Perlembagaan Persekutuan untuk mengehadkan tempoh jawatan Perdana Menteri kepada 10 tahun.
4. Keseimbangan keanggotaan Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen melibatkan Ahli Parlimen Kerajaan dan Ahli Parlimen Pembangkang.
5. Setiap Rang Undang-Undang termasuk Rang Undang-Undang Perbekalan yang dibentangkan di Parlimen akan dirunding dan dipersetujui secara bersama.
6. Ahli parti pembangkang akan dilibatkan dalam Majlis Pemulihan Negara (MPN) untuk memberikan pandangan dan cadangan penambahbaikan.
7. Ketua Pembangkang akan diberikan saraan dan kemudahan yang setara dengan seorang menteri.

– BebasNews

Please follow and like us:

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here