GAMBAR: NIAID, CC BY 2.0 , via Wikimedia Commons.

Oleh Zainal AS Rashid

PENGARAH Institut Alergi dan Penyakit Berjangkit Kebangsaan Amerika Syarikat, Dr Anthony Fauci berkata beliau menyokong mewajibkan vaksinasi bagi perjalanan udara setelah peraturan itu diusulkan oleh dua anggota parti Demokrat.

Desakan itu muncul ketika AS menyaksikan peningkatan kadar kemasukan ke hospital dan jumlah kematian, lapor Newsweek.

Fauci mengulas melalui podcast theSkimm bahawa beliau menyokong penuh langkah untuk mewajibkan semua penumpang kapal terbang mendapatkan vaksinasi.

Ahli Kongres Virginia Don Beyer pada Jumaat lalu telah mengemukakan rang undang-undang bagi mewajibkan semua penumpang penerbangan udara domestik dan tren menunjukkan sama ada bukti vaksinasi atau hasil negatif ujian Covid-19 dalam masa 72 jam sebelum perjalanan.

Usul tersebut turut disokong oleh Ahli Kongres New York, Ritchie Torres yang berkata bahawa memang logik dikuatkuasakan peraturan itu bagi perjalanan domestik dan antarabangsa.

Setakat Jumaat lalu White House masih enggan mengulas perkara tersebut.

Peraturan tersebut juga mendapat sokongan lebih daripada64 peratus rakyat AS.

Pada Khamis lalu arahan Presiden Joe Biden supaya dilaksanakan keperluan vaksin  membabitkan lebih 100 juta pekerja di AS dilihat sebagai inisiatif paling penting dikemukakan oleh kerajaan persekutuan sepanjang pandemik Covid-19.

Di bawah peraturan tersebut perniagaan yang mempunyai 100 pekerja atau lebih wajib mendapatkan vaksinasi bagi semua atau melakukan ujian Covid-19 ke atas mereka setiap minggu.

Kegagalan mematuhi peraturan itu boleh dihukum denda beribu dolar bagi setiap pekerja.

-BebasNews

Please follow and like us:

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here