Oleh Fetty Rara

JUMLAH kematian Covid-19 Malaysia kini mencecah 20,711 setelah Kementerian Kesihatan (KKM) melaporkan 292 lagi kematian pada Ahad (12 Sept).

Jumlah kematian termasuk kes tertunggak yang sebelum ini tidak dilaporkan.

Menurut laman web KKM CovidNow, purata kematian sejak seminggu lalu berdasarkan tarikh sebenar ialah 99.

Kerajaan telah mengubah cara melaporkan kematian Covid-19 bagi lebih mencerminkan keadaan semasa pandemik di negara.

Laman web Covid-19 akan memaparkan bilangan kematian yang baharu dilaporkan, termasuk yang tertunggak, termasuk angka berasingan yang menunjukkan kematian sebenar.

Daripada 292 kematian dilaporkan pada Ahad, sebanyak 106 diklasifikasikan sebagai kes kematian di luar hospital “BID”, justeru menaikkan jumlah kes BID kepada 3,782.

Juga, pada Ahad Malaysia melaporkan sebanyak 19,913 kes baharu Covid-19 dan 20,980 kesembuhan.

Daripada jumlah itu, 197,233 atau 83.1 peratus merupakan pesakit yang mengalami jangkitan sederhana dan sedang menjalani kuarantin di rumah.

Seramai 25,627 (10.8 peratus) adalah mereka yang diasingkan di pusat-pusat kuarantin risiko rendah (PKRC).

Kira-kira 13,079 (5.5 peratus) dimasukkan ke hospital, sementara 1,338 berada dalam unit rawatan rapi (ICU).

Kadar penggunaan ruang ICU semasa ialah 83.9 peratus.

Tiga negeri menyaksikan ICU di luar kapasiti, iaitu Kedah (125.2 peratus), Kelantan (101.8 peratus) dan Pulau Pinang (101.8 peratus).

Penggunaan ICU di Lembah Klang ialah sebanyak 82.5 peratus.

-BebasNews

Please follow and like us:

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here