GMBAR; NSTP.

Oleh Fetty Rara

BUAT pertama kali pada Isnin (13 Sept) Kerajaan Persekutuan dan blok pembangkang Pakatan Harapan (PH) menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) Transformasi dan Kestabilan Politik.

Menurut Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, MoU itu membentuk kerjasama dwipartisan dengan mengutamakan enam agenda konsep Keluarga Malaysia.

Beliau berkata agenda tersebut merangkumi pemerkasaan pelan Covid-19, transformasi pentadbiran, pembaharuan parlimen, kebebasan institusi kehakiman, Perjanjian Malaysia 1963 (MA63), dan pembentukan jawatankuasa pemandu.

Dalam satu kenyataan Ismail Sabri berkata agenda di bawah MoU itu adalah selaras dengan titah Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin AlMustafa Billah Shah semasa pembukaan Penggal Keempat Parlimen ke-14.

KENYATAAN_MEDIA_YAB_PERDANA_MENTERI_-_MoU_TRANSFORMASI_DAN_KESTABILAN_POLITIK_(PM)

-BebasNews

Please follow and like us:

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here