Zahid Hamidi

Kuala Lumpur – Mahkamah Tinggi di sini, tadi, diberitahu bahawa pembelian dua banglo bernilai RM5.9 juta menerusi Yayasan Akalbudi milik Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi bukan wang hasil aktiviti haram.

Kedua-dua banglo yang terletak di Country Heights, Kajang, Selangor, dijadikan pusat kegiatan keagamaan untuk Yayasan Al-Falah milik keluarga Ahmad Zahid yang diuruskan oleh adiknya Datuk Seri Mohamad Nasaee Ahmad Tarmizi.

Sebaliknya, peguam Hisyam Teh Poh Teik, yang mewakili Ahmad Zahid, berhujah bahawa wang itu disumbangkan oleh dua ahli perniagaan iaitu Junaith Asharab iaitu saksi pendakwaan ke-36 dan Mubarak Hussain Akhtar Husin yang juga saksi pendakwaan ke-62.

Katanya, Mubarak Hussin memberitahu bahawa beliau menyumbangkan RM2 juta untuk tujuan pembinaan sebuah sekolah di Melaka, manakala, Junaith memberi sumbangan bagi pembinaan masjid dan tahfiz, di Bagan Datuk, Perak.

“Kami berhujah bahawa pendakwaan gagal membuktikan bahawa RM5.9 juta adalah hasil aktiviti haram,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berhujah di akhir kes pendakwaan bagi kes pecah amanah, rasuah dan pengubahan wang haram membabitkan puluhan juta ringgit dana milik Yayasan Akalbudi membabitkan Ahmad Zahid.

Ahmad Zahid, 69, berdepan 47 pertuduhan membabitkan 12 pertuduhan pecah amanah, lapan tuduhan rasuah dan 27 pertuduhan pengubahan wang haram berjumlah jutaan ringgit milik Yayasan Akalbudi.

Prosiding hujahan di hadapan Hakim Datuk Collin Lawrence Squareh bersambung esok.

https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2021/09/754484/kes-pecah-amanah-zahid-bukan-duit-rasuah-tapi-duit-derma

Please follow and like us:

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here