Foto Utusan

KUALA LUMPUR – Prosiding hujahan pada akhir pendakwaan kes Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang didakwa kerana pecah amanah, rasuah dan pengubahan wang haram hanya berlangsung sejam setengah hari ini, apabila tertuduh perlu menghadiri sesi pemilihan Dewan Rakyat.

Ketika prosiding bermula sekitar pukul 9.30 pagi, peguam Ahmad Zahid, Hamidi Mohd Noh berkata anak guamnya perlu menghadir ke Parlimen untuk urusan pemilihan Timbalan Speaker Dewan Rakyat.

Pemilihan itu diadakan pada 12.30 tengah hari.

“Sehubungan itu, kami memohon prosiding dimulakan pada jam 9.30 pagi ini supaya kita boleh berhenti pada jam 11 pagi bagi membolehkan Ahmad Zahid mengambil masa sejam untuk bergerak ke Parlimen,” kata Hamidi, lapor Berita Harian.

Hakim Datuk Collin Lawrence Sequerah kemudian membenarkan permohonan itu.
Ahmad Zahid, 69, berdepan 47 pertuduhan membabitkan 12 pertuduhan pecah amanah, lapan tuduhan rasuah dan 27 pertuduhan pengubahan wang haram berjumlah jutaan ringgit milik Yayasan Akalbudi.

Media melaporkan, pemilihan Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat yang baharu adalah antara tumpuan persidangan Parlimen, hari ini. Jawatan berkenaan sebelum ini dikosongkan oleh Datuk Seri Azalina Othman Said.

– BebasNews

Please follow and like us:

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here