GAMBAR: Renek78, CC BY-SA 4.0 , via Wikimedia Commons.

Oleh Zainal AS Rashid

PERDANA Menteri Ismail Sabri Yaakob berkata tindakan ‘mengurung’ rakyat tidak lagi sesuai kerana ia sebaliknya mengundang masalah lain, termasuk memberi kesan negatif kepada kesihatan mental.

Menurut beliau pembukaan sektor ekonomi bukan sahaja mempercepatkan pemulihan ekonomi negara, tetapi juga membolehkan rakyat memperbaiki hidup.

“Pembukaan semula 11 sektor ekonomi di negeri-negeri Fasa Satu Pelan Pemulihan Negara (PPN) adalah wajar berikutan peratusan penerima vaksin yang tinggi.

“Malah, keputusan ini dibuat dengan mengambil kira data penilaian risiko yang dijalankan Kementerian Kesihatan (KKM) dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP),” katanya semasa sesi soal jawab lisan di Dewan Rakyat pada Selasa (14 Sept).

Beliau berkata demikian apabila menjawab soalan Datuk Mohd Salim Sharif (BN-Jempol) tentang kewajaran pembukaan semula 11 sektor ekonomi ketika kes harian baharu masih merekodkan angka membimbangkan.

-BebasNews

Please follow and like us:

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here