KEADAAN di pantai Teluk Kemang, Negeri Sembilan pada Sabtu lalu/Gambar: NSTP.

Oleh Fetty Rara

WALAUPUN jumlah kes Covid-19 di Negeri Sembilan semakin menurun orang ramai dinasihatkan agar jangan lupa terus mematuhi SOP bagi mengekang penularan pandemik tersebut.

Sehubungan itu, Ketua Polis Negeri Sembilan Datuk Mohamad Mat Yusop berkata pihaknya bimbang kes kembali bertambah berikutan kelalaian orang ramai setelah sektor sosial dan ekonomi dibuka semula.

“Orang ramai dibenarkan beriadah berikutan peralihan negeri ini ke Fasa Tiga Pelan Pemulihan Negara (PPN) namun mereka diingatkan agar tidak bersesak-sesak di tempat tumpuan dan menjaga penjarakan fizikal.

“Setakat ini, laporan yang saya terima daripada polis Port Dickson dan penguat kuasa di daerah itu keadaan masih terkawal namun perlu pemantauan di setiap lokasi tumpuan bagi memastikan SOP dipatuhi.”

Belia memberitahu media di pejabatnya di Seremban pada Selasa (14 Sept) bahawa polis dan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) juga terus membuat pemantauan bagi memastikan orang ramai terus mematuhi SOP.

Mohamad berkata demikian sebagai reaksi kepada penularan gambar serta video di media sosial yang menunjukkan orang ramai beriadah bersama keluarga di beberapa lokasi di negeri ini, terutama di pantai Port Dickson.

— BebasNews

Please follow and like us:

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here