Jais Abdul Karim

KUALA LUMPUR – Pemerhati Rasuah Malaysia (MCW) mengalu-alukan perjanjian kerjasama antara Kerajaan Pusat dan Pakatan Harapan (PH) bagi kepentingan kestabilan politik negara ini.

Menurut Presiden MCW, Jais Abdul Karim, perjanjian tersebut adalah gencatan senjata yang terbaik walaupun banyak kemusnahan telah berlaku namun ia tetap belum terlambat ibarat pepatah Inggeris ‘Better late than never’ atau ‘blessing in disguise’.

“Inilah juga antara impian rakyat Malaysia demi kemajuan negara yang teruk terjejas akibat pandemik Covid-19.

“Berkenaan tempoh 10 tahun maksimum untuk individu pemegang jawatan Perdana Menteri, MCW mencadangkan agar ianya dibincangkan dengan lebih teliti. Ianya mungkin dimanipulasi dengan diperturunkan kepada kaum keluarga terdekat untuk ambil alih jawatan tersebut,”katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Malah kata Jais lagi,tempoh tersebut adalah terlalu singkat yang memungkinkan ‘plundering of national asset’ dilakukan dalam sekelip mata.

Ujarnya lagi, reformasi institusi lain yang dipersetujui itu adalah cukup baik dan pastinya mendapat sokongan seluruh rakyat Malaysia.

“Ia adalah satu keputusan tepat dan wajar dipuji. MCW berpendapat bahawa rakyat berhak diberi peluang untuk menyatakan pandangan menerusi saluran yang bersesuaian.

“MCW akan terus memantau dan memberikan pandangan penambahbaikan keatas peristiwa yang bersejarah ini,”katanya.

– BebasNews

Please follow and like us:

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here