Oleh Yusoff Ahmad Shariff

ORANG ramai yang menggunakan feri dari Terminal Feri Kuala Perlis untuk ke Pulau Langkawi dinasihatkan agar mengutamakan SOP.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuala Perlis Nor Azam Karap berkata pembukaan semula pelancongan di Langkawi tidak bermakna pengunjung bebas sepenuhnya dan boleh mengabaikan SOP.

Beliau berkata sehubungan itu pengusaha parkir, pekerja kaunter tiket dan pengusaha gerai makanan di Kuala Perlis diminta mematuhi semua SOP yang ditetapkan.

Nor Azam berkata demikian pada majlis penyerahan 250 bakul makanan untuk tiga kawasan parlimen, iaitu Padang Besar, kangar dan Arau daripada Pengarah Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) Kedah dan Perlis Muhamad Mustafa Said.

Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Datuk Seri Nancy Shukri pada 9 September lalu mengumumkan kebenaran pelancong dari seluruh negara, termasuk dari negeri Fasa Satu Pelan Pemulihan Negara (PPN) mengunjungi Pulau Langkawi mulai 16 Sept ini dengan syarat memenuhi pematuhan SOP.

Pada 2 September lalu Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob telah mengumumkan Pulau Langkawi sebagai projek perintis destinasi gelembung pelancongan domestik.

— BebasNews

Please follow and like us:

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here