Ikmal Zaidi Hashim

PUTRAJAYA – Imam Besar Masjid Putra, Ikmal Zaidi Hashim tampil memohon maaf secara terbuka berhubung isu layanan dua darjat bagi solat Jumaat baru-baru ini.

Menerusi rakaman yang disiarkan di laman Facebook Masjid Putra pada malam semalam (15 September) Ikmal berjanji akan membaiki keadaan terutama berkaitan pelaksanaan prosedur operasi standard (SOP) di Masjid Putra.

“Dengan rendah hati, saya ingin memohon maaf atas segala keterlanjuran tersebut,” katanya, lapor Sinar Harian.

Sehubungan itu, beliau turut mengajak semua khasnya jemaah untuk meneruskan aktiviti mengimarahkan Masjid Putra sama ada solat Jumaat atau solat fardu dan program yang akan dianjurkan kelak.

Beliau kemudian membaca ayat al-Quran, Surah Hud ayat ke-88 yang bermaksud:
“Aku hanya bertujuan hendak memperbaiki sedaya upayaku dan tiadalah aku akan beroleh taufik untuk menjayakannya selain dari pertolongan ALLAH. Kepada ALLAH jualah aku berserah diri dan kepada-Nya aku kembali.”

Ikmal menjadi kecaman warga maya selepas memberi penjelasan berhubung VIP yang lewat tiba dibenarkan memasuki masjid untuk menunaikan solat Jumaat berbanding jemaah yang telah tiba awal tetapi tidak dibenarkan masuk.

 

– BebasNews

Please follow and like us:

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here