desperate, sad, depressed
Photo by Anemone123 on Pixabay

KUALA LUMPUR – Kerajaan sedang menimbang untuk tidak lagi menjadikan percubaan bunuh diri sebgai satu kesalahan jenayah dan menempatkan individu yang terlibat di bawah sistem rawatan kesihatan.

Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob berkata, Jabatan Peguam Negara (AGC) sedang meneliti dengan lebih lanjut pilihan perundangan yang ada serta implikasi perundangan sekiranya kesalahan percubaan membunuh diri dikeluarkan daripada sistem keadilan jenayah.

“AGC telah mengambil inisiatif mengkaji undang-undang berkenaan dengan kesalahan persubahatan dan percubaan membunuh diri di Malaysia kerana berdasarkan statistik setakat tahun 2015, insiden percubaan membunuh diri semakin meningkat dan meliputi pelbagai peringkat umur.

“Isu percubaan membunuh diri menjadi lebih meruncing pada masa ini kerana keadaan ekonomi yang tidak menentu menjadikan ramai kehilangan sumber pendapatan atau hilang pekerjaan. Oleh itu, pendekatan yang lebih holistik perlu diambil untuk mengekang perbuatan tersebut,” katanya dalam jawapan bertulis yang dimua tnaik di laman sesawang Parlimen Malaysia, lapor FMT.

Beliau berkata demikian sebagai menjawab soalan Ahli Parlimen Tenom, Noorita Sual yang meminta kerajaan menyatakan perkembangan terbaharu mengenai undang-undang untuk tidak menjadikan cubaan bunuh diri sebagai kesalahan jenayah.

Negara merekodkan 902 kes cubaan bunuh diri daripada 2018 hingga Jun 2021 dan daripada jumlah itu, sebanyak 261 kes didakwa pada 2018, 243 didakwa pada 2019, sementara 223 kes didakwa pada tahun lepas dan 175 kes sudah didakwa dalam tempoh enam bulan pertama tahun ini.

– BebasNews

Please follow and like us:

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here