KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan seorang pensyarah kanan di sebuah universiti awam (UA) kerana disyaki menyalahgunakan kuasa dalam pemberian kontrak bernilai kira-kira RM46,000 kepada abang dan kakak iparnya.

Pensyarah wanita bergelar “doktor” berusia sekitar 40-an itu ditahan di Pejabat SPRM Putrajaya kira-kira jam 11 pagi semalam, lapor Berita Harian.

Difahamkan, kontrak itu membabitkan projek pembekalan barang pejabat dan pembelian serta penyelenggaraan mesin jahit di sebuah jabatan di universiti berkenaan pada tahun 2015 sehingga 2017.

Suspek bagaimanapun dibebaskan dengan jaminan SPRM selepas selesai diambil keterangan pada hari sama.

Penahanan pensyarah terbabit disahkan oleh Pengarah SPRM Wilayah Persekutuan Putrajaya Mohd Anuar Ismail.

– BebasNews

Please follow and like us:

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here