family, divorce, separation
Photo by geralt on Pixabay

KUALA LUMPUR – Sebanyak 76,786 kes penceraian telah didaftarkan di seluruh negara sejak bulan Mac tahun lalu hingga Ogos tahun ini, kata Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob.

Daripada jumlah itu, seramai 66,440 kes penceraian membabitkan pasangan beragama Islam, manakala baki 10,346 adalah pasangan bukan Islam, lapor FMT.

Perdana Menteri berkata, berdasarkan perincian kes yang dikeluarkan Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia, Selangor merekodkan kes tertinggi dalam kalangan pasangan beragama Islam dengan 12,479 kes sebelum diikuti Johor (7,558) dan Kedah (5,985).

Sementara itu, bagi golongan bukan Islam, negeri Selangor mencatatkan bilangan kes tertinggi iaitu sebanyak 3,160 kes, diikuti Kuala Lumpur (2,893) dan Perak (1,209) kata Ismail dalam jawapan bertulis kepada pertanyaan Ahli Parlimen Tampin, Hasan Bahrom yang ingin tahu mengenai statistik perceraian masyarakat luar bandar semasa pandemik.

Bagaimanapun, Ismail berkata, mahkamah tidak mempunyai pecahan statistik khusus berkenaan bilangan penceraian masyarakat luar bandar semasa pandemik.

– BebasNews

Please follow and like us:

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here