GAMBAR: NSTP.

Oleh Yusoff Ahmad Shariff

SERAMAI 74,910 individu dewasa di Terengganu belum menerima suntikan vaksin Covid-19.

Menteri Besar Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar menasihatkan mereka agar mendapatkan suntikan di pusat pemberian vaksin (PPV) terdekat secepat mungkin sama ada secara jumpa terus ataupun mendaftarkan diri melalui MySejahtera.

“Kita memerlukan kerjasama semua pihak untuk sama-sama cari, kejar, ajak hampir 75,000 lagi rakyat negeri kita yang belum menerima vaksin,” katanya.

Ahmad Samsuri  berkata demikian semasa menggulung usul menjunjung kasih titah ucapan Sultan Terengganu Sultan Mizan Zainal Abidin semasa Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu di Wisma Darul Iman di Kuala Terengganu pada Rabu (15 Sept).

Beliau berkata Jawatankuasa Khas Menangani COVID-19 Terengganu juga telah mengesan kadar vaksinasi yang rendah di Dungun, Setiu dan Besut berbanding daerah-daerah lain.

“Semua pihak di daerah berkenaan termasuk JPKK (Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung) sedang mencari seramai mungkin bilangan individu dalam data, tetapi gagal dikesan di mana mereka berada.

“Adakah kemungkinan mereka mendapatkan vaksin di daerah sebelah atau di negeri lain tempat mereka bekerja dan tidak berada di kampung halaman mereka sendiri, maka data dimasukkan di kawasan itu,” katanya.

— BebasNews

Please follow and like us:

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here