Oleh Yusoff Ahmad Shariff

ANGKARA penularan video lama keadaan amat sesak di terminal Feri Kuala Perlis telah  menyebabkan ramai penumpang membatalkan hasrat untuk ke Langkawi dan menunda perjalanan ke tarikh lain.

Kebanyakan mereka berbuat demikian kerana bimbang keselamatan setelah melihat orang ramai berasak-asak dalam video tersebut.

Menurut pengurus sumber manusia dan operasi Konsortium Ferry Line Ventures Sdn Bhd yang menjalan operasi feri dari Kuala Perlis ke Kuah, Pulau Langkawi, Kapten Baharin Baharom, pihaknya menerima banyak permintaan supaya tiket perjalanan diubah ke hari lain.

Alasan mereka ialah kononnya Terminal Feri Kuala Perlis terlalu sesak, dan ditambah pula keadaan paras air rendah hingga menjejaskan perlepasan.

RAMAI penumpang minta dipinda tiket ke hari lain.

Kapten Baharin bagaimana pun berkata sebenarnya keadaan terminal feri adalah seperti biasa dan tidak sesak seperti yang dipaparkan dalam video berkenaan.

Beliau berkata oleh sebab bilangan penumpang tidak ramai pihaknya hanya menyediakan dua perkhidmatan feri sehari dari Kuala Perlis ke Kuah, Langkawi, iaitu pada pukul 10.30 pagi dan 1.00 petang.

Jadual pada Sabtu berbeza daripada jadual Jumaat (17 Sept) dan Khamis apabila tiga perjalanan disediakan bagi menampung kapasiti penumpang.

Kapten Baharin berkata pihaknya juga menyediakan dua perjalanan dari Kuah, Pulau Langkawi ke Kuala Perlis, iaitu pada pukul 8.30 pagi dan 11.00 pagi.

-BebasNews

Please follow and like us:

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here