Oleh Yusoff Ahmad Shariff

PEMBERIAN dos ketiga vaksin COVID-19 kepada golongan rentan risiko jangkitan pandemik akan dilaksana bagi meningkatkan perlindungan.

Menurut Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob keutamaan diberikan kepada kumpulan berisiko tinggi, termasuk anggota barisan hadapan kesihatan, pesakit kurang daya tahan imun (terimunokompromi), warga tua berkomorbiditi, dan individu yang tinggal atau bekerja di pusat jagaan jangka panjang.

Beliau dalam kenyataan pada Ahad (19 Sept) berkata program itu akan bermula setelah liputan imunisasi penduduk dewasa di seluruh negara mencecah lebih 80 peratus.

“Dos ketiga ini dapat meningkatkan tahap imuniti dalam kalangan individu berisiko tinggi terhadap jangkitan COVID-19, yang mungkin menurun dalam tempoh tertentu selepas dos kedua.

“Untuk itu, panel pakar perubatan dan kesihatan sedang membangunkan garis panduan pelaksanaan pemberian dos ketiga ini.”

Pengumuman lanjut akan dibuat oleh Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin.

— BebasNews

Please follow and like us:

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here