Pelancong di Pulau Tioman/ Gambar: Aziz A. Shariff.

Oleh Fetty Rara

KEBENARAN pelancongan rentas negeri sedang dibincang bagi mempercepatkan pemulihan industri pelancongan negara yang terjejas teruk berikutan pandemik Covid-19.

Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Datuk Seri Nancy Shukri berkata buat masa ini selain Langkawi hanya pelancongan dalam negeri dibenarkan.

Menurut beliau memandangkan negara tidak boleh hanya bergantung kepada pelancongan dalam negeri, maka kerajaan sedang meneliti kebenaran pelancongan antara negeri bagi merancakkan semula aktiviti pelancongan negara.

Menjelaskan semasa sesi soal jawab persidangan Dewan Rakyat pada Isnin, beliau berkata terdapat beberapa destinasi yang disenaraikan untuk kebenaran pelancongan antara negeri, termasuk Bukit Fraser’s , Genting Highlands dan beberapa destinasi lain di seluruh negara.

Nancy juga berkata bahawa keputusan sama ada membuka semula Pulau Langkawi kepada pelancong luar negara sedang dalam perbincangan kementerian bersama kementerian dan agensi lain.

“Kita sedang susun atur kriteria yang dibenarkan untuk pelancong antarabangsa ini untuk datang selain daripada lengkap vaksin, jika ia sudah diputuskan, kita akan mula buka Pulau Langkawi untuk pelancong antarabangsa,” katanya.

Buat masa sekarang kerajaan membenarkan pelancongan dalam negeri bagi negeri Fasa Dua.

Projek rintis gelembung pelancongan domestik ke Pulau Langkawi bermula pada 16 Sept lepas.

— BebasNews

Please follow and like us:

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here