George Zhao

KUALA LUMPUR – Syarikat penyedia peranti pintar, HONOR kini menjadi antara syarikat pemula terbesar yang mampu berdiri setanding syarikat-syarikat gergasi dunia.

HONOR diterajui oleh Pengerusinya, Wan Biao dan Ketua Pegawai Eksekutifnya (CEO), George Zhao bersama-sama kumpulan pengurusan baharu, dengan pemegang saham telah memberi kepercayaan dan keyakinan mereka untuk membuat keputusan strategik dan menjalankan operasi harian HONOR. Ini membolehkan syarikat ini menjadi jenama bebas dan entiti yang unik berbanding pesaingnya.

Dengan memulakan perjalanan baharu sebagai syarikat bebas, HONOR dapat terlibat sepenuhnya dalam pengurusan perniagaan dan membuat keputusan sendiri, yang membolehkan syarikat ini mengawal operasi seharian sepenuhnya, kata syarikat dalam kenyataannya di sini.

Tenaga kerja HONOR kini hampir mencecah 8,000 pekerja yang merangkumi keseluruhan spektrum operasi dari hujung ke hujung. Ini meliputi penyelidikan dan pembangunan (R&D), rantaian bekalan, pembuatan, jualan, pemasaran, perkhidmatan, dan bahagian kewangan.

Peminat HONOR diberi jaminan bahawa syarikat ini membangunkan portfolio lengkap telefon pintar sendiri sambil meneliti aspek lain produk senario hidup. Ini sekali gus memberi keyakinan bahawa HONOR adalah pilihan ideal dan bukan sekadar satu jenama telefon pintar, tetapi bertumpu ke arah gaya hidup dan keperluan seharian.

Ini tercapai menerusi kolaborasi di antara semua kumpulan HONOR dengan berkesan dan efisien sejak tujuh tahun lalu, seterusnya mampu memastikan operasi syarikat ini berjalan dengan lancar sepenuhnya untuk manfaat peminat di seluruh dunia.

Didorong slogan “Kekal berpaksikan Konsumer. Menginspirasi dedikasi. Berusaha untuk inovasi, kecemerlangan dan kecekapan” akan menerajui HONOR ke peringkat lebih tinggi.

Dengan menggunakan strategik fokus dalam inovasi, kualiti produk dan perkhidmatan, HONOR sentiasa komited untuk membangunkan teknologi yang boleh memperkasakan manusia di seluruh dunia untuk menjangkau keupayaan R&D serta teknologi termaju.

“Sekarang kita sudah tahu siapakah tonggak di sebalik HONOR sebagai satu jenama, dan menjamin rasa saling percaya antara peminat dan kami bahawa penghasilan produk HONOR adalah sesuatu yang harus dibanggakan, dimiliki, digunakan dan dikongsikan.”

Untuk membaca lebih banyak kisah mengenai HONOR, ikuti kami di laman web https://www.hihonor.com/my/. Anda pasti tidak mahu terlepas perjalanan yang menarik ini.

– BebasNews

Please follow and like us:

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here