KUALA LUMPUR – Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA) mendapat kebenaran dari Mahkamah Tinggi hari ini untuk memulakan semakan kehakiman bagi mencabar keputusan kerajaan yang enggan mendaftarkan pertubuhan tersebut sebagai parti politik.

Keputusan itu dibuat Hakim Datuk Noorin Badaruddin selepas Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainudin dan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS) selaku responden-responden, tidak membantah permohonan tersebut.

Mahkamah menetapkan 5 Oktober ini untuk pengurusan kes.

Ketika prosiding yang dijalankan secara dalam talian, Peguam Persekutuan, Mohammad Sallehuddin Md. Ali mewakili responden-responden manakala peguam Lim Wei Jiet mewakili MUDA.

Parti baharu tersebut ditubuhkan oleh bekas Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.

Kumpulan penaja MUDA memfailkan semakan kehakiman selepas Hamzah pada 12 Ogos lalu menolak permohonan untuk mendaftarkannya sebagai parti politik.

– BebasNews

Please follow and like us:

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here