Chapel Street yang merupakan kawasan tumpuan membeli belah di Melbourne juga mengalami kerosakan. Foto EPA

MELBOURNE – Gempa bumi dengan kekuatan 6.0 pada skala Ritcher mengegarkan tenggara Australia termasuk bandar Melbourne yang mempunyai lima juta penduduk.

Gempa bumi yang berlaku pada pukul 9.15 pagi waktu tempatan pada hari Rabu di Mansfield, tidak jauh dari ibu kota Victoria. Ia dilaporkan antara yang gempa bumi terkuat berlaku dalam tahun-tahun kebelakangan ini.

Gambar-gambar yang dikongsikan dalam media sosial menunjukkan sejumlah bangunan di Melbourne mengalami kerosakan tetapi tiada kecederaan dilaporkan setakat ini, lapor BBC.
Gempa bumi juga dirasai di selatan Australia dan New South Wales.

Pihak berkuasa memberi amaran kemungkinan berlaku gempa susulan dan meminta orang ramai menjauhi bangunan yang mengalami kerosakan dan tempat yang mengundang bahaya serta mengelak diri daripada memandu kecuali kerana kecemasan.

Penghuni beberapa bangunan tinggi dan juga hospital di bandar tersebut juga diarahkan supaya keluar, lapor media tempatan. Landasan pengangkutan tram di bandar berkenaan juga rosak dan perkhidmatannya digantung.

Malbourne kini berada dalam perintah kawalan pergerakan akibat pandemik Covid-19.

– BebasNews

Please follow and like us:

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here