Foto FB Tengku Razaleigh Hamzah

KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah telah meletakkan jawatan sebagai pengerusi Jemaah Penasihat Umno berkuatkuasa pada tarikh sepucuk surat yang dihantar kepada Presiden Umno Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

“Saya suka juga mengambil kesempatan ini mengucapkan terima kasih kerana memberi saya kesempatan memain peranan yang kecil dalam perjalanan parti kita,” kata beliau dalam surat bertarikh 20 September lalu.

Antara kandungan surat berkenaan, Tengku Razaleigh yang dikenali dengan panggilan Ku Li menyatakan kekecewaannya terhadap Jemaah Menteri Ismail Sabri Yaakob kerana dibarisi menteri daripada “kerajaan gagal” Muhyiddin Yassin, lapor FMT.

“Sudah tentu pimpinan yang dipilih dan anggota kerajaan yang menggantikan kerajaan gagal telah direstui oleh pimpinan Umno walaupun rata-rata orang ramai dan akar umbi parti menzahirkan kekecewaan kerana hampir semua jawatan dipenuhi oleh mereka dari kerajaan gagal.

“Bolehkah mereka ini bantu parti kita tebus kekalahan dalam PRU15 dan akhiri Parlimen yang tergantung? Bolehkah kita bergantung harap kepada mereka ini memberi kemenangan kepada parti dalam PRU15 nanti?,” soal Ku Li.

Perhimpunan Agung Umno 2020 pada bulan Mac lalu sebulat suara meluluskan usul menolak sebarang kerjasama dengan Bersatu pada PRU15.

UMNO yang Hilang (PRESS)

– BebasNews

Please follow and like us:

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here