JOHN Beasley.

KUALA LUMPUR – Jurulatih basikal John Beasley semakin hampiri tugas yang lebih besar bermula Januari 2022.

Jurulatih kepada Azizulhasni Awang ini telah berbincang dengan Presiden Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia (PKBM) Datuk Abu Samah Abdul Wahab, 17 September 2021 mengenai jawatan baharu itu dengan kehadiran beberapa pegawai teknikal berpengalaman.

Sebagai Pengarah Prestasi Tinggi PKBM, Beasley bukan sahaja terbabit dalam kategori pecut malah bertanggung jawab dalam semua segi merangkumi acara trek, lebuh raya dan kini dicadangkan penumpuan dalam BMX.

DATUK Abu Samah Abdul Wahab

PKBM akan membawa perancangan termasuk jawatan baharu Beasley kepada Majlis Sukan Negara (MSN).

Beasley berkhidmat dengan pasukan basikal Malaysia sejak tahun 2006 dengan penggajian di bawah pembiayaan kerajaan.

Juga difahamkan dalam kategori lebuh raya akan lebih tertumpu kepada acara ujian masa; berpasukan dan perseorangan.

-BebasNews

Please follow and like us:

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here