GAMBAR oleh Aziz A. Shariff.

Oleh Yusoff Ahmad Shariff

SEKOLAH berasrama dan sekolah harian di bawah Kementerian Pendidikan (KPM) akan menerima kit ujian kendiri Covid-19 secara berperingkat mengikut fasa pelan Pemulihan Negara (PPN) bermula 3 Oktober depan.

Menurut Menteri Kanan Pendidikan Datuk Dr Radzi Jidin kit ujian pengesanan menggunakan air liur itu untuk digunakan sebelum pelajar memulakan sesi persekolahan.

“Katakan murid-murid sekolah asrama dari Terengganu akan memulakan persekolahan di Kuala Lumpur, kita akan kumpulkan mereka di sebuah asrama di Terengganu dan jalankan ujian pengesanan sebelum mereka naik bas untuk masuk semula asrama.”

Beliau berkata demikian semasa menggulung perbahasan Usul Menjunjung Kasih Titah Diraja di Dewan Rakyat pada Rabu (22 Sept).

Radzi sebelum ini mengumumkan bahawa ujian saringan COVID-19 menggunakan kit ujian kendiri akan dijalankan ke atas pelajar yang akan pulang ke sekolah berasrama penuh dan asrama harian.

Ujian saringan bagi pelajar sekolah berasrama penuh akan dilakukan sebanyak tiga kali, iaitu semasa pendaftaran masuk, hari keenam dan hari ke-14.

Pelajar di asrama harian akan menjalani ujian tersebut semasa pendaftaran masuk.

Kit ujian kendiri juga disediakan bagi kegunaan sekolah harian sekiranya pelajar menunjukkan gejala ketika di sekolah.

— BebasNews

Please follow and like us:

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here