Fieya Julia tampil dengan single Halusinasi ciptaannya.

Oleh Khadijah Ibrahim

SUDAH agak lama, penggiat seni terutama dalam bidang seni suara, tidak berpeluang mengadakan persembahan secara bersemuka. Walaupun ada beberapa penyanyi mengadakan persembahan secara maya, tapi kemeriahannya tak sama seperti menyanyi di hadapan penonton.

Dek pandemik Covid-19, kebanyakan penyanyi terpaksa melakukan pelancaran single baharu mereka menerusi maya atau terus memuat naik lagu tersebut dalam saluran YouTube masing-masing. Ramai yang terpaksa mencari alternatif lain untuk mencari rezeki bagi meneruskan kehidupan.

Bagi penyanyi Fieya Julia yang tampil dengan single baharu, Halusinasi menerusi saluran YouTube Aries Music sejak 27 Ogos lalu, akur dengan situasi semasa dan berusaha untuk mengharungi cabaran tersebut dengan cara tersendiri.

“Sepanjang PKP (Perintah Kawalan Pergerakan) pertama pada 2020, mula-mula saya blank juga sebab selama ini saya mengharapkan duit show saja untuk tanggung diri sepanjang berada di Kuala Lumpur. Sejak PKP ni, saya cuba cara lain untuk cari pendapatan.

Fieya Julia banyak buat lagu cover yang disiarkan di saluran YouTube peribadinya.

“Sekarang ini boleh dikatakan saya adalah full time streamer. Setiap hari saya akan buat streaming, main game dekat FB (Facebook) untuk cari income. Kiranya itu sebagai fulltime income. Sekarang ini income bulanan saya datang dari FB dengan buat steraming dan setiap malam main game.

“Sebenarnya, sewaktu live stream ada banyak kebaikan kerana saya dapat kenalan baharu dan ramai followers serta peminat baharu dari live stream. Sekarang ini aktiviti saya adalah sebagai full time streamer sebab show punya income agak kurang kerana tak ada show, terpaksalah cari duit dari Facebook untuk tanggung diri,” katanya yang sering bermain PUBG Mobile, Mobile Legends, Hanging Out dan Grand Theft Auto V.

Jelas Fieya yang sebelum ini popular dengan lagu Perasaanku, walaupun setiap hari membuat live stream, beliau masih lagi menyanyi dan sering melakukan promosi menerusi media sosial.

“Bila orang nampak saya selalu buat live stream, ada yang ingat saya sudah berhenti jadi penyanyi. Sebenarnya saya masih lagi menyanyi dan di waktu yang sama jadi streamer. Ramai yang salah anggap. Jadi streamer adalah side income walaupun dah jadi job full time tapi saya masih utamakan menyanyi sebagai kerjaya pertama dan streamer kerjaya kedua,” jelasnya kepada penulis.

Bagi memastikan orang sentiasa ingat akan kehadirannya dalam bidang seni suara, Fieya yang merupakan pencipta lagu Halusinasi itu sering membuat lagu cover di media sosial setiap minggu.

Selain menyanyi, Fieya juga berharap mampu meletak diri sebagai komposer. Sebagai permulaan Halusinasi menjadi platform untuknya menerokai bidang penciptaan dan penulisan lagu.

Selain menyanyi, Fieya Julia mahu menjadi seorang komposer yang berjaya.

“Dalam simpanan saya ada beberapa buah lagu yang kebanyakannya berentak balada. Setakat ini saya selesa dengan genre itu. Bila sampai masa saya akan cuba rentak lain pula. Setakat ini saya belum berani untuk memberi karya kepada penyanyi lain, kalau ada pun setakat Yazid Izham saja sebab kami pernah buat lagu sama-sama,” katanya.

Bercerita lanjut tentang perubahan imejnya yang kini berhijab, Fieya berkata, sebelum ‘berhijrah’ beliau selalu kemurungan, kerap ada masalah dan sedih tiba-tiba. Beliau merasakan apa yang dibuat semuanya tak mencukupi.

“Sebenrnya sebelum berhijab, saya selalu kemurungan dan selalu ada masalah dan rasa stres dan sedih tiba-tiba. Saya rasa apa benda yang saya buat tak cukup. Sebelum ini saya rasa banyak sangat gangguan dari segi macam-macam seperti stres bekerja. Bila free hair banyak perkara perlu dilakukan seperti nak kena dandan rambut la.

“Itu satu kebaikan juga bila berhijab tak perlu fikir itu semua. Saya rasa sebelum ini ramai lelaki gatal yang DM (direct message), mereka ingat penampilan saya yang free hair tu mesti saya sporting. Dah nama orang gatal, kalau kita berhijab atau tak, bila mereka dah suka memang akan flirt juga.

Fieya Julia akui selepas berhijab, diri rasa lebih tenang.

“Saya bersyukur sangat kerana mengambil keputusan untuk berhijab. Sebelum ini pernah berhijab tapi on off, sekarang kalau boleh saya nak kekal kerana selepas berhijab rasa lebih tenang saja. Sebenarnya dah lama ada niat untuk berhijab tapi over thinking,” katanya tersenyum.

Penyanyi yang nama sebenarnya, Nur Syafiyah Sejali, 22, berkata, ramai yang fikir beliau akan menceburi perniagaan tudung seperti artis lain apabila berhijab. Kata Fieya, untuk masa sekarang, belum terlintas untuk berniaga atau menghasilkan jenama tudung sendiri.

“Sebelum saya berhijab, ramai yang DM tawar jadi model untuk produk tudung tapi tidak bersedia lagi. Bila berhijab pun saya tak bersedia untuk jadi model mana-mana jenama tudung. Kalau sendiri berniaga mungkin ada perancangan. Sekarang ini banyak sangat artis jual tudung. Kalau saya ada bisnes nanti pun tak akan keluar produk tudung. Sejujurnya saya berhijab ini bukan sebabnak ada bisnes tapi saya cuba nak ubah diri daripada sebelum ini,” ujar Fieya.

Tambah Fieya, jika ada tawaran berlakon, beliau tidak akan menolak kerana mahu mencuba bakat dalam bdiang lakonan pula. Namun semua itu bergantung kepada watak yang ditawarkan.

“Pernah dapat tawaran berlakon tapi watak janda, saya tak nak. Ada juga yang tawar berlakon dalam drama, cuma saya agak memilih kerana tak nak watak yang pelik-pelik sebab masih muda. Sekarang ini saya tak berlakon pun ramai yang ingat saya janda. Kalau boleh nak elakkan benda itu.

Antara senarai lagu top yang dinyanyikan semula oleh Fieya Julia untuk tontonan di YouTube miliknya.

“Kalau diberi tawaran berlakon teringin nak berlakon dalam cerita budak-budak sekolah menengah. Kalau boleh saya nak cuba berlakon dalam YouTube dulu. Saya ada saluran YouTube sendiri dan ada geng yang boleh buat drama pendek. Tengok dulu dari hasil yang saya buat tu, nak orang nilai sesuai tak saya berlakon.

“Komen orang ramai perlu, kalau masih banyak benda yang kurang kena belajar dulu dan kalau ramai cakap boleh berlakon, saya sedia untuk lakonkan watak yang sesuai. Saya tak nak jadi penyanyi saja, kalau boleh nak cuba pelbagai bidang,” katanya yang bercita-cita besar.

-BebasNews

Please follow and like us:

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here