Menteri Luar Taliban Amir Khan Muttaqi telah menghantar surat kepada PBB untuk wakil kumpulan itu berucap di Perhimpunan Agung PBB. Foto GETTY IMAGES.

KABUL – Kumpulan Taliban telah meminta supaya pemimpin mereka dibenarkan untuk berucap di Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di New York, Amerika Syarikat pada minggu ini.

Jawatankuasa PBB akan membuat keputusan mengenai tetapi perkara itu tidak mungkin akan berlaku ketika sesi yang bakal memulakan persidangan.

Kumpulan yang baru mengambil alih permerintahan di Afghanistan pada bulan lepas, juga telah menamakan jurucakapnya yang berpusat di Doha, Suhail Shaheen sebagai wakil negara itu ke PBB.

Katanya, duta yang dilantik oleh kerajaan sebelum ini tidak lagi sah untuk mewakili Afghanistan.

Permintaan untuk menyertai perhimpunan peringkat tertinggi ditentukan oleh sebuah jawatankuasa yang dianggotai oleh sembilan negara termasuk Amerika Syarikat, China, Rusia, kata jurucakap PBB kepada BBC.

Namun begitu, ahli anggota jawatankuasa berkenaan tidak mungkin akan mengadakan pertemuan mereka sebelum berakhirnya sesi perhimpunan tersebut pada Isnin depan. Berikutan itu, mengikut peraturan duta lama, Ghulam Isaczai kekal mewakili Afghanistan di badan dunia itu.

Sehingga kini, tiada kerajaan secara rasmi mengiktiraf Taliban sebagai kerajaan baharu di Afghanistan dan persetujuan PBB terhadap wakil Taliban sebagai duta akan menjadi langkah penting ke arah menerima pengiktirafan antarabangsa.

Sementara itu, Menteri Kesihatan Wahid Majrooh, menjadi orang terakhir dalam kerajaan lama untuk meletakkan jawatan sebagai menteri kesihatan selepas mendapat perkhabaran bahawa beliau telah digantikan oleh kerajaan baharu.

– BebasNews

Please follow and like us:

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here