Oleh Zainal AS Rashid

MALAYSIA pada Khamis (23 Sept) menyaksikan penurunan kes baharu Covid-19 dengan 13,754 kes berbanding 14,990 pada Rabu.

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah melalui Twitter, dengan ini jumlah kumulatif kes di negara ialah 2,156,678 kes.

“Alhamdulilah seperti yang dijangkakan trend penurunan kes harian mula diperhatikan sejak kebelakangan ini,” katanya.

Selangor mencatatkan kes harian tertinggi dengan 1,985 kes, disusuli Johor (1,913),  Sarawak (1,766), Sabah (1,629), Kelantan (1,264) dan Pulau Pinang (1,052).

Negeri yang mencatatkan tiga angka bagi kes COVID-19 pula ialah Pahang (869), Perak (844), Kedah (783), Terengganu (664), Kuala Lumpur (383), Melaka (292), Negeri Sembilan (175) dan Perlis (113).

“Putrajaya pula mencatatkan sebanyak 14 kes, manakala di Labuan terdapat lapan kes dilaporkan sehingga pukul 12 tengah hari tadi,” katanya.

Dr Noor Hisham berkata penggunaan katil di unit rawatan rapi (ICU) hospital COVID-19 di seluruh negara setakat Rabu adalah 74 peratus daripada 1,506 katil, manakala katil bukan ICU sebanyak 62 peratus daripada 16,713 katil.


— BebasNews

Please follow and like us:

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here