GAMBAR: Sanford Health.

Oleh Yusoff Ahmad Shariff

MEMANDANGKAN pakar kesihatan dunia tidak lagi menggunakan formula imuniti kelompok berdasarkan capaian vaksinasi 80 peratus penduduk dewasa, Kementerian Kesihatan (KKM) kini beralih kepada memvaksinasi sebanyak mungkin penduduk.

Ini kerana penularan varian Delta telah menyebabkan sasaran imuniti kelompok, iaitu 80 peratus terjejas.

Beliau menjelaskan bahawa sebelum kemunculan varian Delta yang kemudian menjejaskan pengiraan imuniti kelompok maka pihaknya beralih kepada pencapaian vaksinasi seluas mungkin.

Beliau berkata demikian ketika menggulung Usul Titah Diraja pada persidangan Dewan Rakyat pada Khamis (23 Sept).

Penjelasan itu dibuat apabila Datuk Seri Ahmad Maslan (BN-Pontian) mempersoalkan mengapa kes jangkitan dan kematian akibat COVID-19 di Malaysia masih tinggi sedangkan kadar vaksinasi penduduk dewasa melebihi 80 peratus.

Pada Selasa lalu, negara mencapai 80 peratus jumlah penduduk dewasa lengkap divaksin, iaitu lebih awal daripada sasaran melalui Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) yang dilancarkan pada 24 Februari bagi membendung penularan COVID-19 di seluruh negara.

-BebasNews

Please follow and like us:

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here