GAMBAR: Aziz A. Shariff.

Oleh Fetty Rara

PENGUNJUNG ke Langkawi melalui Kuala Kedah diminta buat ujian Covid-19 lebih awal, iaitu sebelum menaiki feri.

Menurut Timbalan Ketua Polis Kota Setar Supt Mohd Redzuan Salleh ini bagi mengelak kesesakan dan mempercepatkan proses ujian saringan di terminal.

“Saranan saya, buatlah ujian siap-siap kerana kita nak cepat dan pantas. Kita sudah sediakan laluan ‘fast-lane’ kepada individu yang sudah mempunyai keputusan ujian agar perjalanan tidak terganggu.”

Beliau memberitahu media semasa tinjauan operasi Terminal Feri Kuala Kedah pada Khamis (23 Sept) bahawa hari ini daripada 200 penumpang hanya 59 orang membuat ujian pengesanan Covid-19 lebih awal.

KEADAAN Terminal Jeti Kuala Kedah hari ini/ Foto: Haikal (Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Kedah).

“Berdasarkan pemerhatian kita, proses saringan di sini berjalan lancar, namun kami dapati masih ramai penumpang tidak membuat ujian pengesanan COVID-19 lebih awal, walaupun mereka boleh beli kit ujian di farmasi,” katanya.

Sementara itu, beliau berkata pada hari pembukaan semula operasi Feri Kuala Kedah hari ini seramai 120 petugas terdiri daripada anggota Polis Diraja Malaysia, Jabatan Sukarelawan Malaysia, Angkatan Pertahanan Awam serta Kementerian Kesihatan ditugaskan mengawal selia penumpang.

Sebelum ini Terminal Feri Kuala Kedah ditutup berikutan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) Kuala Kedah selama 14 hari bermula 6 hingga 19 Sept.

— BebasNews

Please follow and like us:

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here