GAMBAR: NSTP.

Oleh Zainal AS Rashid

BERMULA tengah malam Khamis (23 Sept) semua sekatan jalan raya antara daerah di negeri Pahang ditamatkan setelah negeri itu memasuki Fasa Tiga Pelan Pemulihan Negara (PPN).

Bagaimana pun, Ketua Polis Pahang Datuk Ramli Mohamed Yoosuf meminta orang ramai supaya terus sentiasa mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan oleh pihak Majlis Keselamatan Negara (MKN).

Dalam kenyataan yang dikeluarkan pada Jumaat (24 Sept) beliau berkata usaha dan tanggungjawab bersama mampu mencegah penularan pandemik Covid-10 daripada terus berleluasa.

Terdahulu, pada Rabu lalu Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata tiga negeri, termasuk Pahang akan beralih ke fasa PPN.

Peralihan fasa berkuat kuasa hari ini.

— BebasNews

Please follow and like us:

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here