GAMBAR: Aziz A. Shariff.

Oleh Fetty Rara

MENCONTOHI negeri Perlis, kerajaan kini meneliti melarang golongan ‘mukhannath’ atau ‘transgender’ memasuki masjid di Wilayah Persekutuan.

Menurut Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Ahmad Marzuk Shaary apa yang dilakukan di Perlis adalah wajar demi menjaga kesucian masjid dan mengelakkan kekeliruan dalam kalangan masyarakat.

Beliau yang berkata demikian semasa Program Inspirasi Qaseh Kami: Food Bank YaPEIM 3.0 Di Kemaman, Terengganu pada Jumaat (24 Sept) menjelaskan bahawa terpulang kepada negeri-negeri lain sama ada perkara itu dilaksanakan, namun bagi Wilayah Persekutuan ia adalah di bawah bidang kuasa jabatannya.

“Bagi saya apa yang dilakukan oleh Perlis itu adalah satu tindakan yang boleh dicontohi kerana kalau golongan ini masuk ke dalam masjid mereka lelaki, kadang-kadang mereka pakai tudung jadi itu sangat tidak sesuai. Kalau orang lelaki masuk ke sebelah Muslimat, jadi itu sudah mengganggu privasi kumpulan wanita. Tetapi kalau mereka hadir (ke masjid) untuk bertaubat itu tidak apalah,” katanya.

Mufti Perlis Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin dalam kenyataan baru-baru ini berkata golongan ‘mukhannath’ atau ‘mak nyah’ (transgender) diharamkan memasuki masjid dalam keadaan kecelaruan jantina kerana boleh mengganggu suasana ibadah di masjid.

Menurut Mohd Asri berdasarkan keputusan Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Perlis 53/2021 pada 23 dan 24 Jun lepas, golongan ini sengaja menyerupai jantina berbeza dan termasuk dalam golongan fasik.

— BebasNews

Please follow and like us:

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here