Oleh Yusoff Ahmad Shariff

KES Covid-19 kini sedang dipantau secara maya oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melalui mesej teks dan panggilan menggunakan nombor +603-2703-3000.

Menurut kenyataan KKM melalui Twitter pada Jumaat (24 Sept) pesakit dimaklumkan melalui nombor ini supaya menggunakan kaedah Penilaian Kendiri Semasa Kuarantin Di Rumah (HAT) pada aplikasi MySejahtera.

Oleh yang demikian KKM memaklumkan bahawa sekiranya orang ramai mendapat panggilan daripada nombor tersebut ia sebenarnya bukan daripada ‘scammer’, tetapi sebaliknya adalah nombor sahih.

Kaedah HAT aplikasi MySejahtera adalah pendekatan Pusat Penilaian Covid-19 (CAC) KKM untuk menghubungi pesakit Covid-19 melalui panggilan telefon dan pesanan ringkas (SMS) menerusi nombor +603-2703-3000 bagi mengingatkan mereka supaya mengisi HAT pada aplikasi MySejahtera.

CAC maya diperkenalkan pada 21 Julai, dan usaha sedang dilakukan untuk mewujudkan lebih banyak pusat tersebut di negeri-negeri yang mengalami peningkatan kes Covid-19.

-BebasNews

Please follow and like us:

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here