KUALA LUMPUR – Bukit Aman telah mendedahkan salinan kad pelarian Suruhanjaya Ting gi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Bagi Pelarian (UNHCR) Muhammad Sajjad Kamaruz Zaman atau Nur Sajat.

Turut didedahkan ialah gambar Nur Sajat semasa disoal siasat pihak Imigresen Thailand ketika ditahan pada 8 September lalu di sebuah kondominium di Bangkok.

Difahamkan kad pelarian Nur Sajat bernombor 815-21C00071 itu dikeluarkan UNHCR di Bangkok dengan bantuan ibu pejabat mereka di Malaysia, lapor FMT.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Seri Abd Jalil Hassan berkata, Sajat yang juga sedang menunggu tawaran dari negara ketiga telah memohon kad berkenaan ketika berada di Thailand.

Beliau berkata, Sajat sedang menunggu tawaran untuk ditempatkan di negara ketiga, namun pihaknya akan meneruskan usaha berpandukan undang-undang untuk membawa usahawan kosmetik itu pulang ke Malaysia.

“Nur Sajat juga telah menukar nama samarannya kepada Bella,” katanya.

Hadir sama, Ketua Polis Selangor, Datuk Arjunaidi Mohamed, Ketua JSJ Selangor, Asisten Komisioner Nik Ezanee Mohd Faisal dan Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Zainal Mohamed Mohamed.

Abd Jalil berkata, kes melibatkan Sajat itu merupakan kes yang kecil melibatkan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dan polis iaitu menghalang tugas penjawat awam.

Justeru beliau menasihatkan Sajat agar pulang segera ke tanah air.

“Kami juga yakin keluarga Nur Sajat boleh membantu menasihatkannya untuk pulang bagi menghadapi pertuduhan yang bagi kami tidaklah seberat mana,” ujar beliau.

Media sebelum ini melaporkan polis dalam proses membawa pulang Nur Sajat kerana Malaysia dan Thailand mempunyai perjanjian yang membolehkan proses membawa pulang orang yang dikehendaki atau penjenayah buruan dilaksanakan.

– BebasNews

Please follow and like us:

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here