JAKARTA – Pesalah kes rasuah projek pembinaan masjid perlu dikenakan hukuman berat dan jika perlu dihukum mati sebagai langkah pencegahan, kata Majlis Ulama Indonesia (MUI).

MUI berkata demikian sebagai mengulas kes rasuah melibatkan projek pembinaan Masjid Sriwijaya, Palembang sebagai ‘tidak dapat diterima oleh akal yang sihat’.

Menurut Timbalan Ketua Setiausaha (Undang-Undang dan Hak Asasi Manusia) MUI, Ikhsan Abdullah, jenayah rasuah kini semakin membimbangkan dan dilakukan oleh sesiapa sahaja, ahli perniagaan kepada pegawai negeri malah menteri.

“Semua dana yang di­seleweng, bagaikan tiada sempadan, dari projek kemudahan sukan, bantuan sosial, perolehan al-Quran sehingga dana hibah pembangunan masjid.

“Semuanya hendak di­selewengkan, rasuah,” katanya, lapor Detik.

Sebelum ini, sembilan pihak ditahan termasuk bekas Gabenor Sumatera Selatan, Alex Noerdin mengenai penyelewengan dana 130 bilion rupiah melibatkan pembangunan Masjid Sriwijaya.

Ikhsan berkata, pembongkaran kes rasuah dana hibah pembangunan masjid itu menampakkan buruknya rasuah di Indonesia.

“Bahkan pembinaan rumah Allah, iaitu masjid, hendak di­selewengkan. Sesuatu yang melampaui batas moral dan nilai agama yang kita tegakkan. Tak boleh diterima akal, terutama dari segi moral, mengapa hibah untuk pembangunan masjid juga hendak rasuah.

“Hukuman berat diperlukan kerana korupsi dalam bantuan sosial dan geran pembinaan masjid, jika terbukti, mesti dihukum mati, agar ada kesan pencegahan. Rasuah merosakkan generasi dan merosakkan kelangsungan kebaikan bagi manusia,” katanya.

BebasNews
Please follow and like us:

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here