KUALA LUMPUR – Sejumlah 82.5% atau 19,336,889 individu daripada penduduk dewasa di negara ini telah melengkapkan suntikan vaksin Covid-19 bagi tempoh sehingga semalam.

Berdasarkan perincian yang dikongsi di portal CovidNow hari ini, Kementerian Kesihatan (KKM) berkata sebanyak 93.6% atau 22,599,346 individu daripada penduduk dewasa sudah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Sebanyak 273,373 dos suntikan vaksin turut diberikan semalam melibatkan 116,881 dos pertama dan 156,492 dos lengkap, menjadikan jumlah kumulatif pemberian dos vaksin menerusi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) adalah sebanyak 273,373 dos.

PICK dilancarkan pada 24 Februari lalu bagi memberikan vaksinasi untuk membendung pandemik Covid-19 di seluruh negara.

– BebasNews

Please follow and like us:

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here