GAMBAR: Texas Tribune.

Oleh Zainal AS Rashid

SEMBILAN mayat migran ditemukan berhampiran sebuah perkampungan pedalaman di hutan Panama.

Menurut pihak berkuasa wilayah Darien timur Panama, mayat-mayat itu termasuk seorang kanak-kanak yang ditemukan tidak jauh dari Sungai Tuqueza dan Sungai Canaan Membrillo di wilayah Embera Wounaan.

Berdasarkan maklumat daripada seorang wanita warga Haiti, kesemua mayat itu dipercayai sebahagian daripada sekumpulan migran yang dihanyutkan oleh air deras Sungai Tuqueza yang melimpah berikutan hujan lebat baru-baru ini, lapor media tempatan.

Semua mangsa tidak mempunyai dokumen pengenalan diri.

Dengan penemuan terbaharu itu pihak berkuasa Panama telah menjumpai 41 mayat migran di tebing sungai yang terletak di sepanjang Darien Gap yang menghubungkan Colombia dengan Panama.

Pada Khamis lalu Presiden Panama Laurentino Cortizo berkata lebih daripada 80,000 migran telah memasuki Panama secara haram tahun ini.

Ribuan migran Haiti merentas Darien Gap dalam perjalanan dari negara-negara Amerika Selatan, termasuk Brazil dan Chile untuk ke sempadan Amerika Syarikat.

Sementara itu, lebih 14,000 migran kebanyakan warga Haiti dilaporkan berhimpun di bandar sempadan Del Rio, Texas untuk menunggu peluang memasuki Amerika Syarikat.

-BebasNews

Please follow and like us:

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here